Wednesday 5 September 2012

AKU, MANUSIA PUTIH & GEGATA....




sapa tahu gegata tu menatang mendanya???? kalau tak tahu tengok jek la gambar2 kat bawah ni...tu la menatangnya.....


ni la dia gegata...(ni gambar pakcik google yek)
aku dok cte kat My Inche Abang kalakata...kaka...


GEGATA

bermula semalam aku telah terkena penyakit ni...HUAAAAAAA......SANGAT SENGSARA OKEH!!!!
kegatalan melanda seantero dunia....memula aku dok panggil gegata ni kalakata....kakakaka...salah sebutan pulak...hoho...memang aku dilarang sama sekali untuk menggaruuuu...tapi diriku tak tertahan lagi....tersangat2 gatal...kekadang tu garu gak...tak tahan kot....sangat menguji kesabaran aku....huhu...and bermula semalam gak la aku mula men'searching' benda alah gegata ni..dan ini adalah resultnya...banyak gak info aku dapat....n ada la jugak satu dua cara aku aplikasikan untuk mengatasi masalah gegata ni...huaaaaaaaaaaaa......

kenapa aku letak 'Manusia Putih' tu sekali sebagai tajuk entry??? sebabnya dek tak tertahan dengan kegatalan yang sangat TERBAIKKKK ni...aku sapu dengan Calamine Lotion...maka dengan itu aku menjadi manusia putih bila aku dok sapu ubat tu ke serata tempat yang gatal...hohoho...*xdpt nk peluk Gemuk sebab jd Manusia Putih semalam...huhu*


inilah ubat sapunya....



bila da disapu maka jadinya begini...putih tak saya??? haha...






Punca utamanya kehadiran gegata disebabkan sejenis bahan kimia bernama  “histamine” yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan inilah yang akan menyebabkan salur darah seseorang penghidap itu akan mengembang dan akan berlaku pembengkakan tisu disekeliling kawasan kulit. Tahukah kawan-kawan kimia ini jugalah yang akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa dan akan mudah berasa gatal-gatal pada kawasan kulit yang terkena jangkitan.
Berikut adalah Simptom-simptom penyakit gegata atau urticaria yang sempat Suri google dari beberapa laman..
  •  Kulit akan kelihatan membengkak, berwarna merah dan akan membentuk pelbagai saiz dan rupa.
  • Akan ada rasa gatal-gatal menyebabkan tidak selesa dan kadang-kadang akan merasa sakit pada bahagian tersebut.
  • Dermatographism  membengkak akan berlaku sekiranya bahagian yang terkena gegeta sering di garu-garu.
  • Pada kebiasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.
Gambar Dermatographism http://medicalpicturesinfo.com

Antara punca-punca atau penyebab gegata ini terjadi adalah:-
  • Makanan
  • Penyebab ubat-ubatan
  • Tekanan pada bahagian badan
  • Sejuk
  • Sentuhan kepada allergen
  • Jangkitan
  • Cahaya matahari
  • Sengatan
  • Bisa binatang
  • Radiocontrast
Jenis-jenis sentuhan allergen http://www.emsl.com

Saranan rawatan yang dicadangkan:-
1) Elakkan agen alahan tersebut. Sekiranya anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.
2) Antihistamine seperti piritoncetirizine, loratadine ataupun steroid sepertiprednisolone.
3)  Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai.



ni link2 pasal gegata..search la bila2 free....









No comments:

Post a Comment